CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, December 13, 2008

Masak Kicap Ikan Parang™

Assalamualaikum n salam sejahtera lagik skali...

Tadi dah buat sup sayur, now nk buat Masak Kicap Ikan Parang™ pulak.

Bahan²nya

Bahan Tumisan:
3 biji bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
4 cm halia dihiris
2 cm lengkuas dihiris
1 btg kayu manis
1 biji bunga lawang
4-5 tangkai bunga cengkih
2 biji cili merah dihiris
3 ketul ikan parang
1/2 cawan kicap lemak manis
1 camca besar cuka buatan
1 1/2 camca besar gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara²nya


1. Goreng ikan parang bersama garam dan kunyit. Goreng sebentar sahaja supaya ikan ni nnt x lerai bila di masukkan ke dlm kuah.

2. Tumiskan bahan tumisan tadi sehingga naik bau.

3. Setelah naik bau, masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih. Masukkan garam, gula dan cuka dan birakan mendidih lagi.

4. Setelah mendidih, masukkan ikan yg dah digoreng terlebih dahulu tadi dan biar selama lebih kurang 10-15 minit. Then, tutup api dan sedia untuk di hidangkan.

5. Tadaaaa.

Lauk Masak Kicap Ikan Parang™ ni bertambah sedap kalau anda simpan semalaman. Ini bertujuan utk bg rasa masam, manis dan masin tu utk meresap ke dlm isi ikan.

Kiranya anda x suke mkn ikan bertulang mcm ni, anda boleh gantikan ngan ikan bawal hitam, ikan tenggiri atau ikan kembung. Walau apa jenis ikan yg anda gunakan, pastikan ikan anda di goreng sebentar terlebih dahulu.

Sekian. Till next entry. Selamat mencuba n kalau der paper kemusykilan, jgn segan bertanya.

noreez™



0 comments: