CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, December 13, 2008

Sup Sayur with Apple™

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Huhuhu..berkurun gak aku x update blog resepi nih.Dah beberapa hari dah aku niat nk update.. So di pagi yg berbahagia ini..aku nk updtae dulu ngan pilihan pebret aku ngan Princess. Sup Sayur with Apple™. n yes..its my very own recipe. So here goes.


Bahan²


1 btg lobak merah - ptg berbaji
3-4 btg celery - di potong serong
1 ikat baby bok choy - bersihkan dan biarkan sehelai²
1 biji apple merah - buang kulit dan dadukan
1 btg serai - dititik
1 inci halia } ditumbuk
1 1/4 biji bawang merah } ditumbuk
3 ulas bawang putih } ditumbuk
1 cube stok ayam
minyak utk menumis
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuatnya


1. Tumis bahan² yg dah ditumbuk tadi bersama serai yg dah dititik. Tumislah hingga naik bau.

2. Setelah bahan tumisan td naik bau, masukkan lobak merah berserta sedikit air. Setelah air tadi mendidih, masukkan apple dan celery. Setelah apple dan celery agak layu, masukkan air, chicken stock dan garam secukup rasa. Air yg nk ditambah di stage ni hendaklah almost menutupi paras sayuran td. Selepas itu, bolehlah masukkan bok choy.

3. Setelah helaian daun bok choy lembut. Tutup api dah ready to be serve.

4. Nilah hasilnyer. Hidangkan panas.

Okay..dah siap dah sup sayur nih. Untuk pengetahuan korang, jangan lah rasa pelik pulak sebab ader apple dlm sup ni, sebenarnya, buah²an ni, sangatlah sedap bile kite tambah dlm masakan. Andai kata anda x nak gunakan apple, boleh lah gantikan ngan pear atau lai. Kalau korang nk bg baby mkn sup ni pun boleh. Just ambik carrot n apple n celery..mesh em up..tapi keluarkan sebelum masukkan garam. Chicken stock, selamat, sebab x der msg.heheh

Lagi satu, korang boleh jugak masukkan tomato dlm sup ni. N tujuan aku boh halia serai adalah utk tambah zing pada sup ni. Otherwise, dia akan jadik agak manis sebab der, carrot n apple n celery.

So, selamat mencuba!

noreez™

0 comments: