CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 4, 2009

Kek Pisang

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Dah lama x share resepi. This time nk share resepi Kek Pisang. Ptg tadi mencarik resepi Kek Pisang ni kat My Resipi.com n jumpelah resepi ni. Mmg mudah dan senang jer nk buat n rase pun sedap jugak. X terlalu manis, fluffy n rasa yang sangat scrumptious. TQ kepada penyumbang resepi ni, Cik Yani.

Bahan² :-

2 Biji pisang
140 gm mentega
120 gm gula
2 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
200 gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara² membuatnya:

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.

2. Asingkan putih dan kuning telur.

3. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega gula tadi.

4. Ayak tepung gandum , soda bikarbonat dan baking powder. Masukkan ke dalam adunan tadi.

5. Masukkan pisang yang dah dilenyek bersama esen vanilla ke dalam adunan.

6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan ke dalam adunan.

7. Akhir sekali, masukkan kuning telur. Kacau hingga sebati.

8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit.

9. Sejukkan sebelum di potong.


Kek Pisang yang dah siap.SEDAP!!

p/s: Sorry kali ni x der gambar bahan² dan cara membuatnyer. Lupe nk snap td.hehehe

Selamat Mencuba!
noreez™

Saturday, December 13, 2008

Masak Kicap Ikan Parang™

Assalamualaikum n salam sejahtera lagik skali...

Tadi dah buat sup sayur, now nk buat Masak Kicap Ikan Parang™ pulak.

Bahan²nya

Bahan Tumisan:
3 biji bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
4 cm halia dihiris
2 cm lengkuas dihiris
1 btg kayu manis
1 biji bunga lawang
4-5 tangkai bunga cengkih
2 biji cili merah dihiris
3 ketul ikan parang
1/2 cawan kicap lemak manis
1 camca besar cuka buatan
1 1/2 camca besar gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara²nya


1. Goreng ikan parang bersama garam dan kunyit. Goreng sebentar sahaja supaya ikan ni nnt x lerai bila di masukkan ke dlm kuah.

2. Tumiskan bahan tumisan tadi sehingga naik bau.

3. Setelah naik bau, masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih. Masukkan garam, gula dan cuka dan birakan mendidih lagi.

4. Setelah mendidih, masukkan ikan yg dah digoreng terlebih dahulu tadi dan biar selama lebih kurang 10-15 minit. Then, tutup api dan sedia untuk di hidangkan.

5. Tadaaaa.

Lauk Masak Kicap Ikan Parang™ ni bertambah sedap kalau anda simpan semalaman. Ini bertujuan utk bg rasa masam, manis dan masin tu utk meresap ke dlm isi ikan.

Kiranya anda x suke mkn ikan bertulang mcm ni, anda boleh gantikan ngan ikan bawal hitam, ikan tenggiri atau ikan kembung. Walau apa jenis ikan yg anda gunakan, pastikan ikan anda di goreng sebentar terlebih dahulu.

Sekian. Till next entry. Selamat mencuba n kalau der paper kemusykilan, jgn segan bertanya.

noreez™



Sup Sayur with Apple™

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Huhuhu..berkurun gak aku x update blog resepi nih.Dah beberapa hari dah aku niat nk update.. So di pagi yg berbahagia ini..aku nk updtae dulu ngan pilihan pebret aku ngan Princess. Sup Sayur with Apple™. n yes..its my very own recipe. So here goes.


Bahan²


1 btg lobak merah - ptg berbaji
3-4 btg celery - di potong serong
1 ikat baby bok choy - bersihkan dan biarkan sehelai²
1 biji apple merah - buang kulit dan dadukan
1 btg serai - dititik
1 inci halia } ditumbuk
1 1/4 biji bawang merah } ditumbuk
3 ulas bawang putih } ditumbuk
1 cube stok ayam
minyak utk menumis
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuatnya


1. Tumis bahan² yg dah ditumbuk tadi bersama serai yg dah dititik. Tumislah hingga naik bau.

2. Setelah bahan tumisan td naik bau, masukkan lobak merah berserta sedikit air. Setelah air tadi mendidih, masukkan apple dan celery. Setelah apple dan celery agak layu, masukkan air, chicken stock dan garam secukup rasa. Air yg nk ditambah di stage ni hendaklah almost menutupi paras sayuran td. Selepas itu, bolehlah masukkan bok choy.

3. Setelah helaian daun bok choy lembut. Tutup api dah ready to be serve.

4. Nilah hasilnyer. Hidangkan panas.

Okay..dah siap dah sup sayur nih. Untuk pengetahuan korang, jangan lah rasa pelik pulak sebab ader apple dlm sup ni, sebenarnya, buah²an ni, sangatlah sedap bile kite tambah dlm masakan. Andai kata anda x nak gunakan apple, boleh lah gantikan ngan pear atau lai. Kalau korang nk bg baby mkn sup ni pun boleh. Just ambik carrot n apple n celery..mesh em up..tapi keluarkan sebelum masukkan garam. Chicken stock, selamat, sebab x der msg.heheh

Lagi satu, korang boleh jugak masukkan tomato dlm sup ni. N tujuan aku boh halia serai adalah utk tambah zing pada sup ni. Otherwise, dia akan jadik agak manis sebab der, carrot n apple n celery.

So, selamat mencuba!

noreez™

Tuesday, September 23, 2008

Potato Salad Ala Moi™

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer..



lama giler aku x post recipe kat sini..bukan aper, aku malas nk capture gambar..so mls nk letak gambar yg dah siap jer..x syok lak rasenyer...

this time nk share resepi Potato Salad Ala Moi™..hehe


Bahan²






5 biji kentang-skinned n diced

2 biji bawang merah-diced

daun bawang-ikut suke baper banyak nk boh

chicken stock-u can use cubes or concentrated

a dollop of mayonaise

sprinkles of black pepper

Cara² membuatnyer..

1. Rebus kentang yg dah dibuang kulit n di dadu bersama chicken stok sampai agak masak. Air yg korang guna masa ni..jgn banyak sangat..cukup2 sama lvl ngan potatoes td. kacau sekali-sekala jer..sebab kalau kacau salu sangat..nnt potatoes tu hancus..

kentang yg dah masak

2. Bile dah masak potatoes td..toskan, tapi simpan air rebusan potatoes tu tadi..n sebelum korang toskan..masukkan daun bawang yg dah di potong dan bile agak lembut daun bawang tu..barulah korang toskan. tinggalkan beberaper potong potatoes dlm air rebusan tu. Tujuannyer..utk melikatkan air rebusan td.



air rebusan kentang bersama beberaper potong kentang


3. Air rebusan yg di simpan tadi..panaskan dan mesh potatoes yg ditinggalkan tadi...ni nk bg pekat ler..bile dah pekat..tutup api...n set aside/ sejukkan.



4. Setelah kentang tadi sejuk..campurkan bawang merah, mayonaise, black pepper dan sedikit air rebusan kentang tadi..air rebusan kentang tadi, utk bg rasa pada potato salad ni..Gaul sumer bahan² ni sehingga mesra. Selesai tu..masukkan lam peti ais dlm bekas yg tertutup dan simpan semlman or at least ½ hari..ni nk bg kesemua bhn² tadi menyerap flavor of each other...

Nilah hasilnyer...selamat mencuba!!!
resepi ni sesuai dibuat at least 24 hours in advance..
cheers!!
noreez™

Wednesday, June 25, 2008

Cream Caramel

Cream Caramel

This is my all time favorite desert. suke mkn, suke buat..nyumm nyumm...resepi yg sangat simple tapi sangat sedap.so here goes..-sebenarnyer dah lama aku upload gambar ni..cuma termls lak nak update. sorry yer...



Bahan²



4 biji telur ayam gred B

1 tin evaporated milk

1 camca kecil Essence of Vanilla

1/2 cup of Sugar-for the caramel

1/4 cup Sugar-for the batter

1. Cairkan gula (1/2 cup) bersama sedikit air.(sedikit jer tau). cairkan dan biar gula sehingga warnanya bertukar fr transparent kepada golden mcm ni n agak pekat.Make sure sentiasa stir supaya gula x hangit.Setelah itu, masukkan ke dlm loyang n ketepikan.


1.Pukul telur sehingga well-mixed along with rest of the sugar.Dlm periuk lain, masukkan susu cair bersama essence of vanilla on low fire sampai mendidih. here..bile the milk starts to bubble, terus tutup api n set aside tp jgn sampai terlalu sejuk. Kemudian campurkan telur n susu in another bowl.Then masukkan ke dlm loyang yg dah ader caramel tadi.The caramel should be keras by now. Masukkan ke dlm steamer n cover loyang with aluminium foil supaya air x masuk lam cream caramel kiter.Biar hingga masak for about 45mins- 1 hour.

Dah siap tu..keluarkan dr steamer n biar sejuk. at this point kalau nak masukkan lam peti ais pun boleh, n cuma turn over bile nak hidangkan.Atas ni gambar Cream caramel yg belum di terbalikkan.

3. Mcm ni lah rupa cream caramel yg dah di terbalikkan n ready utk di mkn. huhuhu. REMEMBER!! Cream Caramel sedap sangat kalau sejuk but, it is also nice when its warm.

Selamat Mencuba.

*utk penggunaan telur ayam yg berlainan Gred, sekiranya korang nk pakai gred C n D, cuma tambah satu telur but bhn2 lain, x yah tambah.

*utk tambah kelainan pd cream caramel, korang pun leh masukkan hirisan limau nipis n orange. jangan banyak sangat but just nice to give xtra zing sebab kalau terlebih, nnt pajit lak.

Sambal Sotong

Assalamualaikum ..this time nak share resepi sotong. sorry gambar bhn² x der sebab lupe nak capture.hehehe

Bahan²

2 biji bawang merah }dikisar
2 ulas bawang putih }dikisar
3 camca besar cili giling/cili boh
500 gm Sotong, di siang n di hiris.
Garam secukup rasa
sedikit air
2 keping asam gelugor
Minyak utk menumis



1. Tumis bhn kisar n cili boh/ giling hingga naik bau. Masukkan 5 camca besar air.



2. setelah air mendidih, masukkan sotong. dan biar seketika. Apabila mendidih, masukkan asam gelugor n garam n biar hingga masak sotong nya.

3. Dah siap.

Thursday, May 29, 2008

Portobello Grilled Chicken Salad™

Assalamualaikum...

Kali ni nak share recipe yg sihat sikit..hehehe..it is my very own recipe n the best thing is recipe ni gunakan my favorite ingredient..mushrooms!!! Kat lam recipe ni aku gunakan Portobello mushroom..leh dpt kat memaner leading supermarket..n sangat sedap..it tastes like chicken..SERIOUSLY...so here goes..Portobello Grilled Chicken Salad™.

Bahan²



1 ketul grilled chicken breast-dicarik
2 biji timun jepun- dihiris
2 biji tomato- dihiris
5-6 helai daun salad- dipotong
3 biji portobello mushrooms- dihiris
sedikit thousand island sauce utk dressing




Campurkan semua bahan² tadi dan gaul bersama sos thousand island..n its ready..sooo..dig in everybody..eheh
Selamat mencuba!!

noreez™