CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, May 12, 2008

Ayam Kicap Bercili™

Assalamualaikum sumer...



This time lak resepi Ayam Kicap Bercili™. Bunyik cam simple jer kan resepinyer...memang simple pun ...muahahhaha....tapi sedap jugak..so here goes...



Bahan²



1/2 ekor ayam

3 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

Sedikit kicap lemak manis

Sedikit sos cili Life

1 cube chicken stock

Garam secukup rasa


1. Gaul ayam bersama kicap. Ketepikan seketika.

2. Ayam yg dah digaul bersama kicap tadi, digoreng seketika. Ini cuma bertujuan utk "seal" juice ayam supaya x jadik agak kering. Angkat dari kuali. Ketepikan. Ni gambar ayam yg dah digoreng sekejap tadi.

3. Setelah ayam tadi diangkat, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos cili Life, chicken stock, garam secukup rasa dan sedikit air. Biar sehingga ayam masak dan kuah menjadi sedikit pekat.

4. Tadaaa..... dah siap..leh hidangkan bersama nasik.

Selamat mencuba...

noreez™

0 comments: